Sunday, April 6, 2008

JENIS-JENIS DINDING YANG TERDAPAT PADA BANGUNAN

JENIS-JENIS DINDING PADA BANGUNAN

_Jenis-jenis dinding yang terdapat pada bangunan adalah terbahagi kepada 4 jenis iaitu:

1)FACING

2)CLADDING

3)INFIL PANEL

4)CURTAIN WALLING

FACING­_merupakan kemasan luar bangunan yang memerlukan latarbelakang struktur yang rata dan bersambungan dengan facing._terdiri daripada satu lapisan elemen yang di pasang pada permukaan luar sesebuah bangunan.

Jenis-Jenis Facing
_Brick,timber,glass,stone,terracotta,precast reinforced concrete,asbestos cement,metal(aluminium dan stainless steel)

Keperluan Reka Bentuk Facing
_Ringan,rigid,berkeupayaan merintang api dan haba,daya ketahanan yang tinggi dan kurang penyelenggaraan.

CLADDING_merupakan satu reka bentuk lapisan sesuatu struktur kerangka bangunan_berbeza dengan infill panel kerana ia dipasang pada permukaan luar sesuatu struktur kerangka bangunan.

Jenis-jenis Cladding
_Cladding yang di pasang pada structure backing:-­_tile_timber.
_Cladding yang di pasang pada frame structure:-_precast reinforced concrete(vertical dan horizontal)_metal(aloi dan stainless steel)_composite(stone dan precast reinforced concrete)_plastic_brick_glass fibre reinforced concrete_asbestos cement.

Keperluan Reka Bentuk Cladding(Structure Backing)
_Daya ketahanan yang tinggi_berkeupayaan menanggung bebannya sendiri dan beban kemasan yang di pasang padanya_berupaya merintang api,haba dan kesan bunyi.

Keperluan Reka Bentuk Cladding(Frame Structure)
_Disokong secara sendiri antara struktur kerangka_berupaya merintang sebarang kebocoran dari tindakan hujan_berupaya merintang kesan tekanan angin,haba,bunyi,dan api,member ruang bukaan untuk kemasukan cahaya matahari dan pengudaraan.

INFILL PANEL_merupakan satu bentuk isian sesuatu struktur kerangka bangunan yang terdiri daripada satu elemen yang besar dan ringan yang lazimnya di pasang pada kerangka bangunan._berbeza dengan cladding kerana ia di pasang di antara struktur dalam kerangka bangunan.

Jenis-Jenis Infill Panel
_Timber_Metal

Keperluan Reka Bentuk Infill Panel
-Ringan _rigid_berkeupayaan merintang api dan haba_daya ketahanan yang tinggi_kurang penyelenggaraan

CURTAIN WALLING_merupakan kemasan dinding luar bangunan yang ringan dan di pasang pada sesuatu struktur kerangka bangunan _tidak menanggung sebarang beban sendiri dan beban angina.

Terdiri daripada vertical mullion yang dipasangantara lantai ke lantai bersambungan dengan horizontal transom yang akan membentuk bukaan untuk dipasangkan denagan glass panel @ infill panel.

Jenis-Jenis Curtain Walling
_Glass dan timber frame
_Glass dan metal frame

Objektif Utama Penggunaan Curtain Walling
_Pelindung kepada struktur bangunan_menggunakan kaedah Dry Construction_beban bangunan yang ringan_mengetengahkan unsure-unsur arkitek yang unik.

Keperluan Reka Bentuk Curtain Walling
_Berkeupayaan memberi ruang untuk pergerakan kesan daripada haba,struktur, dan kelembapan_perintang cuaca kesan daripada air hujan dan pancaran cahaya matahari_penebat haba dengan mengambil kira kadar kemasukan haba dalam bangunan dan jenis sistem pengudaraan yang digunakan_penebat bunyi dengan mengambil kira keluasan permukaan,ketebalan kaca dan lapisan kaca._berkeupayaan merintang api ketika kebakaran.

1 comment:

Shero Syawal said...

hello...
what about the cost and method?
cant you tell me?