ASAS @ FOUNDATION
Asas terdiri daripada beberapa jenis iaitu:
1)Asas pad
2)Asas jalur
3)Asas rakit
4)Asas cerucuk
Asas Pad
Biasanya digunakan sebagai asas kepada bangunan atau rumah kediaman yang tidak melebihi empat tingkat di atas tanah kukuh seperti tanah berbatu kelikir.Kebanyakan bangunan sedemikian berupa struktur kerangka yang bertiang.Beban yang ditanggung oleh tiang ini tidaklah besar kerana bangunannya rendah.
Asas pad merupakan alas tiang.Saiz asas pad bergantung kepada saiz beban yang ditanggungnya serta keupayaan galas tanah.Bagi bangunan yang lebih tinggi dan lebih besar,asas pad tidaklah sesuai.Untuk menanggung beban tinggi sudah tentu asas pad yang sangat besar diperlukan dan perkara ini menyebabkan pembinaan tidak praktikal dan tidak ekonomi.Asas pad biasanya dibina daripada konkrit bertetulang.Nisbah campuran konkrit yang biasa digunakan ialah 1:2:4 (simen:batu baur halus:batu baur kasar).Tetulang keluli digunakan dalam pembinaan asas pad untuk mengukuhkan asas serta mengurangkan ketebalan asas tersebut.Jenis tetulang keluli yang biasa digunakan ialah tetulang keluli tegangan tinggi.
Asas Jalur
Terdapat bangunan yang tidak mempunyai tiang tetapi menggunakan dinding yang bertindak mengagihkan beban daripada komponen-komponen lain kepada asas bangunan.Oleh sebab dinding merupakan komponen yang panjang,maka asas yang dibina di bawah dinding juga seharusnya sama panjang.Asas di bawah dinding ini dinamakan asas jalur.
Asas jalur dibina daripada konkrit.Nisbah campuran konkrit yang biasa digunakan ialah 1:2:4. Asas jalur boleh dibahagikan kepada tiga jenis iaitu:
Jenis asas jalur dan kegunaannya
Jenis Asas Jalur | Kegunaan |
Asas jalur lebar | Sesuai digunakan pada tanah yang berkeupayaan galas tinggi dan tidak mengecut seperti tanah berbatu kelikir. |
Asas jalur dalam | Digunakan pada tanah berkelodak atau tanah liat yang cenderung mengembang dan mengecut mengikut kandungan lembapannya. |
Asas jalur lebar | Sesuai digunakan pada tanah berkeupayaan galas rendah.Contohnya tanah liat lembut dan tanah kambus atau tambak. |
Asas Rakit
Asas rakit diperlukan di tanah yang berkeupayaan galas rendah dan cenderung mengenap secara tidak sekata apabila dikenakan beban.Jika asas pad atau asas jalur dibina,luas pad atau lebar jalur agak besar dan hampir menutupi seluruh luas tapak bangunan.Tambahan pula,enapan yang tidak sekata akan menyebabkan keretakan pada komponen-komponen bangunan.Oleh itu,papak konkrit lebih sesuai dibina sebagai asas bangunan itu.Papak jenis ini dinamakan asas rakit.Asas rakit boleh dibina dalam beberapa jenis,iaitu:
Asas rakit papak padu_Asas rakit rasuk dan papak_Asas rakit bersel
Jenis asas rakit dan kegunaannya
Jenis Asas Rakit | Kegunaan |
Asas rakit papak padu | Sesuai digunakan bagi bangunan yang tidak melebihi dua tingkat apabila beban yang dikenakan ke atas asas adalah rendah.Oleh itu papak yang tidak sampai 300mm tebal sudah memadai. |
Asas rakit rasuk dan papak | Sekiranya beban bangunan terlalu besar hingga memerlukan ketebalan papak melebihi 300mm,maka lebih sesuai jika asas rasuk dan papak dibina. |
Asas rakit bersel | Sesuai digunakan pada tanah yang longgar atau tanah yang cenderung mengenap secara tak sekata separti tanah bekas tapak lombong yang dikambus.Tebal keseluruhan asas yang dibina mungkin mencapai 1m atau lebih.Asas lain tidak ekonomi. |
Asas Rakit Padu
_Asas rakit papak padu dibina daripada konkrit pada keseluruhan tapak bangunan yang hendak didirikan.Ketebalan papak bergantung kepada beban yang digalas dan kekuatan tanah ditapak bina.Papak biasanya diperkukuhkan dengan tetulang pada kedua-dua hala.Lebih banyak tetulang diperlukan di bawah tiang atau dinding yang meggalas beban.Ketebalan maksimum papak ialah 300mm.Papak yang lebih tebal adalah tidak ekonomi.
Asas Rakit Rasuk Dan Papak
_Asas rakit rasuk dan papk diperlukan apabila asas rakit papak padu yang hendak dibina mencapai ketebalan melebihi 300mm.Papak konkrit bertetulang dibina di atas tanah manakala rasuk dibina di atas papak tersebut pada kedudukan yang tertentu.
Asas Rakit Bersel
_Asas rakit bersel dibina pada tanah longgar dan cenderung mengenap dengan tak sekata seperti tanah bekes lombong dan sebagainya.Dalam keadaan begini,papak yang dibina mungkin mencapai ketebalan melebihi 1 meter.Oleh itu pembinaan asas rakit bersel adalah lebih baik.
Asas ini terdiri daripada dua papak konkrit atas dan bawah.Rasuk-rasuk dibina di antara kedua-dua papak dalam kedua-dua hala membentuk asas rakit bersel geronggang.Asas rakit bersel mempunyai ketegaran yang tinggi dan lebih ekonomi berbanding dengan papak yang tebal dan tegar.
Asas Cerucuk
_Asas cerucuk digunakan apabila beban bangunan terlalu besar atau lapisan tanah atas di tapak bina berkeupayaan galas rendah.Oleh itu beban bangunan terpaksa dipindahkan kepada lapisan tanah kukuh yang terletak jauh di dalam tanah.
Asas cerucuk boleh dibahagikan dua jenis,bergantung kepada cara beban dipindahkan dari bangunan ke lapisan tanah seperti:
Cerucuk geseran_Cerucuk galas hujung
Cerucuk Geseran
_Bergantung sepenuhnya pada geseran yang terjadi antara cerucuk dan tanah .Oleh itu cerucuk geseran perlu memounyai permukaan yang kasar dan tanah pula daripada jenis geseran tinggi.Contohnya cerucuk konkrit di dalam tanah pasir padat.
Cerucuk Galas Hujung
_Memindahkan beban bangunan terus kepada lapisan kukuh yang terdapat dalam tanah.Oleh itu,cerucuk perlu ditanam atau dibina hingga ke lapisan tanah kukuh.
Bahan yang selalu digunakan sebagai cerucuk ialah konkrit,keluli dan kayu.Cerucuk boleh bertindak secara bersendirian atau secara berkumpulan.Biasanya kumpulan cerucuk digunakan dab tukup cerucuk dibina.
2 comments:
thanks for the useful post my dear...
thanks a lot!
Terima kasih
Post a Comment