Sunday, April 6, 2008

ASAS PADA BANGUNAN

ASAS @ FOUNDATION

Asas merupakan komponen bangunan yang terletak paling bawah dan biasanya tidak kelihatan kerana terletak di bawah aras bumi.Fungsi utama asas ialAsas merupakan komponen bangunan yang terletak paling bawah dan biasanyaah menerima dan memindahkan beban ke tanah di bawahnya.Asas yang baik dapat mengelakkan enapan dan seterusnya mengekalkan keadaan bangunan yang ditanggungnya.

Asas terdiri daripada beberapa jenis iaitu:

1)Asas pad

2)Asas jalur

3)Asas rakit

4)Asas cerucuk

Asas Pad

Biasanya digunakan sebagai asas kepada bangunan atau rumah kediaman yang tidak melebihi empat tingkat di atas tanah kukuh seperti tanah berbatu kelikir.Kebanyakan bangunan sedemikian berupa struktur kerangka yang bertiang.Beban yang ditanggung oleh tiang ini tidaklah besar kerana bangunannya rendah.

Asas pad merupakan alas tiang.Saiz asas pad bergantung kepada saiz beban yang ditanggungnya serta keupayaan galas tanah.Bagi bangunan yang lebih tinggi dan lebih besar,asas pad tidaklah sesuai.Untuk menanggung beban tinggi sudah tentu asas pad yang sangat besar diperlukan dan perkara ini menyebabkan pembinaan tidak praktikal dan tidak ekonomi.Asas pad biasanya dibina daripada konkrit bertetulang.Nisbah campuran konkrit yang biasa digunakan ialah 1:2:4 (simen:batu baur halus:batu baur kasar).Tetulang keluli digunakan dalam pembinaan asas pad untuk mengukuhkan asas serta mengurangkan ketebalan asas tersebut.Jenis tetulang keluli yang biasa digunakan ialah tetulang keluli tegangan tinggi.

Asas Jalur

Terdapat bangunan yang tidak mempunyai tiang tetapi menggunakan dinding yang bertindak mengagihkan beban daripada komponen-komponen lain kepada asas bangunan.Oleh sebab dinding merupakan komponen yang panjang,maka asas yang dibina di bawah dinding juga seharusnya sama panjang.Asas di bawah dinding ini dinamakan asas jalur.

Asas jalur dibina daripada konkrit.Nisbah campuran konkrit yang biasa digunakan ialah 1:2:4. Asas jalur boleh dibahagikan kepada tiga jenis iaitu:

Asas jalur biasa_Asas jalur lebar_Asas jalur dalam

Jenis asas jalur dan kegunaannya

Jenis Asas Jalur

Kegunaan

Asas jalur lebar

Sesuai digunakan pada tanah yang berkeupayaan galas tinggi dan tidak mengecut seperti tanah berbatu kelikir.

Asas jalur dalam

Digunakan pada tanah berkelodak atau tanah liat yang cenderung mengembang dan mengecut mengikut kandungan lembapannya.

Asas jalur lebar

Sesuai digunakan pada tanah berkeupayaan galas rendah.Contohnya tanah liat lembut dan tanah kambus atau tambak.

Asas Rakit

Asas rakit diperlukan di tanah yang berkeupayaan galas rendah dan cenderung mengenap secara tidak sekata apabila dikenakan beban.Jika asas pad atau asas jalur dibina,luas pad atau lebar jalur agak besar dan hampir menutupi seluruh luas tapak bangunan.Tambahan pula,enapan yang tidak sekata akan menyebabkan keretakan pada komponen-komponen bangunan.Oleh itu,papak konkrit lebih sesuai dibina sebagai asas bangunan itu.Papak jenis ini dinamakan asas rakit.Asas rakit boleh dibina dalam beberapa jenis,iaitu:

Asas rakit papak padu_Asas rakit rasuk dan papak_Asas rakit bersel

Jenis asas rakit dan kegunaannya

Jenis Asas Rakit

Kegunaan

Asas rakit papak padu

Sesuai digunakan bagi bangunan yang tidak melebihi dua tingkat apabila beban yang dikenakan ke atas asas adalah rendah.Oleh itu papak yang tidak sampai 300mm tebal sudah memadai.

Asas rakit rasuk dan papak

Sekiranya beban bangunan terlalu besar hingga memerlukan ketebalan papak melebihi 300mm,maka lebih sesuai jika asas rasuk dan papak dibina.

Asas rakit bersel

Sesuai digunakan pada tanah yang longgar atau tanah yang cenderung mengenap secara tak sekata separti tanah bekas tapak lombong yang dikambus.Tebal keseluruhan asas yang dibina mungkin mencapai 1m atau lebih.Asas lain tidak ekonomi.

Asas Rakit Padu

_Asas rakit papak padu dibina daripada konkrit pada keseluruhan tapak bangunan yang hendak didirikan.Ketebalan papak bergantung kepada beban yang digalas dan kekuatan tanah ditapak bina.Papak biasanya diperkukuhkan dengan tetulang pada kedua-dua hala.Lebih banyak tetulang diperlukan di bawah tiang atau dinding yang meggalas beban.Ketebalan maksimum papak ialah 300mm.Papak yang lebih tebal adalah tidak ekonomi.

Asas Rakit Rasuk Dan Papak

_Asas rakit rasuk dan papk diperlukan apabila asas rakit papak padu yang hendak dibina mencapai ketebalan melebihi 300mm.Papak konkrit bertetulang dibina di atas tanah manakala rasuk dibina di atas papak tersebut pada kedudukan yang tertentu.

Asas Rakit Bersel

_Asas rakit bersel dibina pada tanah longgar dan cenderung mengenap dengan tak sekata seperti tanah bekes lombong dan sebagainya.Dalam keadaan begini,papak yang dibina mungkin mencapai ketebalan melebihi 1 meter.Oleh itu pembinaan asas rakit bersel adalah lebih baik.

Asas ini terdiri daripada dua papak konkrit atas dan bawah.Rasuk-rasuk dibina di antara kedua-dua papak dalam kedua-dua hala membentuk asas rakit bersel geronggang.Asas rakit bersel mempunyai ketegaran yang tinggi dan lebih ekonomi berbanding dengan papak yang tebal dan tegar.

Asas Cerucuk

_Asas cerucuk digunakan apabila beban bangunan terlalu besar atau lapisan tanah atas di tapak bina berkeupayaan galas rendah.Oleh itu beban bangunan terpaksa dipindahkan kepada lapisan tanah kukuh yang terletak jauh di dalam tanah.

Asas cerucuk boleh dibahagikan dua jenis,bergantung kepada cara beban dipindahkan dari bangunan ke lapisan tanah seperti:

Cerucuk geseran_Cerucuk galas hujung

Cerucuk Geseran

_Bergantung sepenuhnya pada geseran yang terjadi antara cerucuk dan tanah .Oleh itu cerucuk geseran perlu memounyai permukaan yang kasar dan tanah pula daripada jenis geseran tinggi.Contohnya cerucuk konkrit di dalam tanah pasir padat.

Cerucuk Galas Hujung

_Memindahkan beban bangunan terus kepada lapisan kukuh yang terdapat dalam tanah.Oleh itu,cerucuk perlu ditanam atau dibina hingga ke lapisan tanah kukuh.

Bahan yang selalu digunakan sebagai cerucuk ialah konkrit,keluli dan kayu.Cerucuk boleh bertindak secara bersendirian atau secara berkumpulan.Biasanya kumpulan cerucuk digunakan dab tukup cerucuk dibina.

2 comments:

Unknown said...

thanks for the useful post my dear...
thanks a lot!

Unknown said...

Terima kasih